Akaun infaqramadan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PAKEJ INFAQ RAMADAN MOKDE x PROJEK DAPUR ASNAF
PROGRAM INFAQ RAMADAN 1443H

"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (HR At-Tirmidzi)

Selepas kejayaan Ramadan yang lepas, Kafe Mokde dengan kerjasama Projek Dapur Asnaf sekali lagi ingin mengajak tuan/puan berkongsi rezeki melalui Program Infaq Ramadan 1443H bagi tujuan mengagihkan pek berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan di kalangan penduduk PPRT, golongan asnaf & gelandangan di 10 lokasi terpilih.

10 lokasi agihan ialah : 

1. Kajang
2. SS13 Subang Jaya
3. Datuk Harun
4. U5
5. Damansara Damai
6. Sungai Udang Klang
7. Pelabuhan Klang (Sri Perantau)
8. Tepi Sungai 
9. Shah Alam
10. Enggang Kinrara

Menu pek berbuka puasa

✅ Nasi Dagang Ikan atau Ayam
✅ Nasi Minyak Ayam Merah atau Ayam Kurma
 
Sasaran 100 pek di setiap lokasi setiap hari bermula 3 Ramadan (5 April 2022)

Kami sudah menerima sumbangan 891 pek setakat ini. Masih memerlukan 1109 pek untuk mencapai sasaran 2000 pek.

Mengapa menyumbang melalui kami?

✅ Penyediaan makanan yang bersih dan berkualiti kerana disediakan di central kitchen Kafe Mokde

✅ Pengagihan yang sistematik dan tidak membazir kerana PIC Projek Dapur Asnaf berpengalaman menguruskan sumbangan dan mempunyai hubungan baik dengan komuniti setempat

✅ Setiap pack disertakan kurma ajwa

✅ Laporan proses agihan akan diupdate di FB page & Instagram kami setiap hari.

✅ Setiap penyumbang akan menerima e-voucher Kafe Mokde sebagai penghargaan



Untuk transaksi bantuan secara MANUAL / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

 

Public Bank : Mok De Sdn Bhd

 

No akaun : 3817835406

 

Sila letakkan rujukan “INFAQ RAMADAN

 

Whatsapp rekod transaksi ke Cik Salwa di 019-9450573

 

Semoga Allah menerima amal kebaikan tuan/puan dan diberikan

keluasan rezeki dalam kehidupan dunia dan akhirat.